Tuesday, March 30, 2010

TAKZIAH KEPADA HJ HALIM BIN YUN SEKELUARGA

Takziah kepada mangsa pecah rumah iaitu Hj Halim bin Yun lorong 9/10. Kejadian semalam 29/3 /10 lebih kurang pkl 4.00pagi pencuri menceroboh masuk rumah beliau, kebetulan semalam lepas hujan lebat. Harap semua penduduk sentiasa berwaspada dan mengambil sikap sentiasa tinggi bercuriga yang positif kepada perkara ganjil yang berlaku sekitar taman kita seperti ternampak org asing yang jarang dilihat meronda-ronda diwaktu sunyi. Hendaklah kita menyimpan nombor kecemasaan seperti polis (petrol car)KRT, rakan & jiran dan cuba hubungi sedaya upaya utk dapatkan pertolongan. Dan harap jiran2 bertindak cepat atas maklumat yang diterima. Kerjasama dan sikap ambil peduli hidup bermasyarakat adalah kunci utama keselamatan dan keharmonian hidup berjiran yang dituntut oleh Islam. pesan memesan saling tolong menolong hendaklah di amalkan. Jangan ada sikap berpuak-puak dan hidup individualistik, egoistik dan mengasing diri dari masyarakat. Marilah kita sama membenteras jenayah dan benih2 yang membawa kepada berlakunya jenayah. Sama-sama kita tegur-menegur sesama jiran dan anak-anak jiran yang mana kalau kita nampak budaya negatif kita nasihat menasihati. Jangan ada budaya (jangan jaga tepi kain orang atau hang jaga anak hang aku jaga anak aku) Kita kena pakat2 jaga sesama masyarakat. Sama-sama kita memberi peringatan seperti perintah Allah dlm al-quran
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman (Az Dzaariyat 55)

Wassalam..

Wednesday, March 24, 2010

TAZKIRAH KHAS



Tok guru Sauddi bin Hj Ahmad ialah mudir Pondok Pok Po Patanni Thailand. Seorang yg cacat penglihatan tapi terang penglihatan matahati. Seorg yg alim dan bersemangat meneruskan misi menyampaikan dakwah utk generasi muda Islam di tempat beliau. Pengajian di Pondok beliau ialah percuma termasuk makan minum tempat tinggal. Semuanya adalah hasil sumbangan umat2 Islam. Antara intipati tazkirah beliau ialah supaya kita jangan terlampau sayangkan harta kekayaan dunia hingga lupa pada akhirat. HArta dunia ibarat ketul ais, kalau digunapun habis dan tak diguna pun habis. Baik digunakan pada jalan Allah, sekiranya ambil ais maklumlah tak akan puas. Jadi waspadalah.

Friday, March 12, 2010

PROGRAM CERAMAH MAULIDUR RASUL


Ceramah telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Noor Zakaria. Sedikit rumusan bahawa kita tidak akan dapat menyamai rasulullah dalam bentuk rupa parasnya yg segak, nama ibunya dll tetapi syariatnya, ajarannya &akhlaknya. rasulullah datang membawa manhaj dan petunjuk kepada manusia.

Sunday, March 7, 2010

CASIC - FORMULA AL-FATEHAH

Akhi Fazrul Fahmee IsmailSatu kuliah maghrib yang bertemakan Suratul-Al-Fatehah yang membongkar rahsia surah tersebut telah dilaksanakan di Surau Asy-Syakirin Bandar Perdana Seksyen 8 dengan jayanya. Penceramah yang di datangkan dari Bangi merupakan seorang pendakwah yang telah membuat kajian tentang rahsia Al-Fatehah di Amerika Syarikat. Kandungan yang sungguh menarik dan dapat membawa kesedaran kepada semua kaum muslim yang mana selama ini hanya dapat mengerti dari segi maksud Al-Fatehah tetapi tidak begitu menghayati disebalik keagungan Al-Fatehah sebelum ini telah terungkai dengan majlis ilmu yang singkat selama satu jam di surau tersebut. Insyallah program sebegini akan lebih dapat dimanafaatkan sekiranya dapat mengikuti program yang lebih lama lagi seperti jadual berikut. Sila layari laman website utk mengikuti seminar seterusnya.... (Jadual Seminar Seluruh Malaysia)

Thursday, March 4, 2010

Program Maulidur Rasul & CASIC (FORMULA AL-FATEHAH)

1. TAKLIMAT TENTANG CASIC AL-FATEHAH SELEPAS MAGHRIB DI SURAU ASY-SYAKIRIN PADA 6 MAC 2010 OLEH EN. FAZRUL ISMAIL DARI UNIVERSITI PURDUE, CARLIFORNIA, LOS ANGLES

2. SEMINAR "PEMBONGKARAN RAHSIA AL-FATEHAH" DI EMIRALD PUTERI SG. PETANI, JAM 8.30 PG - 5.00 PTG PADA 6 MAC 2010. BAYARAN RM25/ORANG OLEH PIES LEADERSHIP CENTER, LOS ANGELES (CASIC IN FORMULA AL-FATEHAH)
1. CERAMAH MAULIDUR RASUL OLEH USTAZ MOHAMAD NOOR ZAKARIA PADA 11/3/2010 SELEPAS ISYAK DI SURAU ASY-SYAKIRIN.
 

blogger templates | Make Money Online