Saturday, January 16, 2010

Sejarah Penamaan Surau

Detik sejarah bagi penamaan nama surau Asy-Syakirin ini telah dimenterai atas satu buah fikiran yang mempunyai beberapa sebab dan makna oleh bekas pengerusi awal iaitu Cikgu Mukhtar B. Hashim pada 01 Julai 2003 yang lalu.
Cadangan dan penyataan beliau adalah seperti berikut :

NAMA CADANGAN : ASY-SYAKIRIN
MAKSUD : ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR
RASIONAL :
Sebutan dalam bahasa Arab dapat dikekalkan (Lughatul Arabiah). Jika nama yang dengan AL-, kadang-kadang orang akan meninggalkan sebutan ini dan terus kepada katanama sahaja. Contohnya, AL-HIDAYAH (Petunjuk), boleh disebut sebagai HIDAYAH sahaja.

Maksudnya tertumpu terus kepada insan. Ia boleh digolongkan sebagai katanama dan juga katasifat. “ASY-SYAKIRIN” sebagai katanama. “ASY-SYAKIRIN” sebagai katasifat iaitu menggambarkan sifat insan yang akan memakmurkan surau ini sebagai orang-orang yang bersyukur kepada nikmat Allah s.w.t. Semoga kita semua tergolong ke dalam orang-orang yang bersyukur.
Nama-nama lain yang menggunakan nama Allah dan sebagainya sudah terlalu banyak dan biasa (common). Contohnya:
AL-FALAH, AL-ISLAH,AL-HIDAYAH, AR-RAHMAN, AR-RAHIM,AL-MUKMIN,AL-IHSAN, AL-IKHLAS,AL-MUKTADIN. Nama-nama lain kebanyakkannya menggunakan kata Nama atau katasifat sahaja.

Syukuran dan Alhamdulillah, dengan keizinan daripada Allah s.w.t maka akhirnya, kami warga Surau Asy-Syakirin Bandar Perdana Seksyen 8, Sg. Petani berjaya menghasilkan laman web sendiri seiring dengan pencapaian global dalam era pembangunan ICT ketika ini.
Dengan ini, sebagai wadah atau medium untuk Asy-Syakirin menghebahkan aktiviti dakwah kepada umum adalah objektif utama dan melalui laman web ini juga kami dapat berhubung secara digital dalam usaha untuk mengimarahkan aktiviti surau kami dengan muslimin diluar sana, insyallah.
Sedaya upayanya juga kami akan memuatkan bahan kuliah oleh penceramah-penceramah yang telah kami programkan. Semoga usaha kami ini akan dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.
Oleh kerana laman web kami ini masih diperingkat permulaan, kami senantiasa berharapkan sebarang komentar daripada mana-mana pihak untuk memurnikan lagi laman web kami bersama serta berkongsi bahan-bahan ilmiah terutamanya skop fikrah islamiah yang sejati, insyallah
Kecemerlangan Ummah adalah daripada pembangunan Jiwa yang sentiasa menyinarkan Syiar serta Keilmuan Islam.

Wallahualam

En. Juhari bin Ismail
Pengerusi Surau Asy-Syakirin

Tip Amalan berjaya

Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: "Jika kamu menyedari seorang lelaki berulang-alik ke masjid, saksikanlah bahawa dia mempunyai keimanan. Bukankah orang beriman yang mampu membuat perubahan menyeluruh di dunia? Orang beriman yang dimaksudkan bukan hanya dalam hati, tetapi dilaksanakan dalam amalan. Integriti dibina dalam dirinya. Tiada siapa yang memerhatikannya ke masjid atau tidak. Seruan ke masjid ini lebih berat kepada individu lelaki. Wanita lebih digalakkan solat di rumah - walaupun tidak dilarang solat di masjid jika tidak menimbulkan fitnah. P/S Tip ini bermanfaat? Jika ya, sila forwardkan kepada rakan anda untuk mendapat ganjaran pahala amalannya

Salam Ukhuwah

Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia website surau asy-syakirin sebelum ini. Kami telah bepindah ke laman blog seperti ini dan sekarang ini masih diperingkat percubaan dan pembikinan. Insyallah kami akan menyiapkan secepat mungkin untuk tatapan umum. Sebarang cadangan bolehlah diajukan terus kepada kami melalui blog ini. Sekian Terima kasih.
 

blogger templates | Make Money Online