Thursday, December 2, 2010

JADUAL KULIAH BULAN DIEMBER


Assalamualaikum...
Sudah lama tak update blog surau disebabkan sibuk sikit dan telah buka laman facebook surau asy syakirin group. Jadi mana rakan2 yang belum add sebagai ahli bolehlah add segera sebab mudah disalurkan maklumat menerusi facebook. Setakat hari ini telah ada 34 ahli. Ini Jadual kuliah bulan disember.

Sunday, October 17, 2010

UCAPAN TAKZIAH

Bagi pihak surau Asy-Syakirin mengucapkan takziah kepada keluarga Aliyuddin yang telah kembali kerahmatullah Khamis lepas 14/10. Terdahulu pada hujung bulan lepas Sdr Cikgu Rosfendi telah kembali kerahmatullah...Mudah mudahan roh mereka ditempatkan bersama orang-orang soleh...

Monday, September 6, 2010

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir dan batin kepada muslimin & muslimat Bandar perdana
ikhlas daripada ahli j/kuasa surau asy-syakirin

SOLAT SUNAT HARI RAYA 1 SYAWAL BERMULA
JAM: 9.00 PAGI

SUNGAI DISUSUR SEHARI HARI
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN
KAMI MENYUSUN SEPULUH JARI
SALAH SILAP HARAP MAAFKAN

Sunday, September 5, 2010

PEMENANG TILAWAH AL-QURAN 2010

TEMPAT KETIGA: NUR ATIQAH BINTI MOHD SHUKRI
TEMPAT KEDUA: NURUL ILHAM HUDA BINTI REDZUAN
JOHAN TILAWAH: MUHD. AL AMIN BIN MUHAMMAD

PESERTA TILAWAH

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN












Tuesday, August 31, 2010

MUDAH-MUDAHAN BERTAQWA




Mudah-mudahan dengan melaksanakan ibadah puasa...natijahnya akan menghasilkan buahnya i.e Taqwa..seperti petani yg menyemai benih dan menyuburkannya dgn baja & menjaganya drp sergn serangga..mudah2an mndpt hasilnya... buah2an dpt dituai..

Tuesday, August 17, 2010

AKTIVITI RAMADHAN

Solat Tarawih


Penyediaan bubur lambuk





Assalamu'alaikum,



Selamat menjalankan kewajipan berpuasa & ibadat2 sepanjang Ramadhan ini..Surau Asy-Syakirin telahpun membuat bubur lambuk hari Sabtu & Ahad lepas dan diagihkan kepada penduduk sekitar yang datang mengambilnya. Untuk makluman, pihak surau merancang akan membuat bubur lambuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadhan ini insyaallah. Kepada jemaah yang ingin mendapatkanya sila datang selepas waktu asar dan ianya terhad sebab kita hanya masak satu periuk besar sahaja. Siapa datang dahulu akan dapat. Sekiranya tidak sempat kami memohon maaf...Pada sebelah malamnya akan diadakan solat sunat Tarawih 8 rakaat berselang seli dengan Tazkiran dan diikuti dengan tadarus selepas itu.

Monday, August 9, 2010

SELAMAT BERPINDAH

Assalamu'alaikum,
Bagi pihak Surau Asy-Syakirin kami mengucapkan selamat berhijrah kepada saudara-saudara dan saudari-saudari kita yang telah berhijrah dan akan berhijrah kerana bertukar (Posting) tempat kerja. Sdr En Suhaimi Mohd Akhir dari Lengkok 8/3 dan Yakinah Md Nor dari Jln 9/19 difahamkan akan bertukar masing2 ke Sarawak dan Johor. Dan sebelum ini En Zul dari Lengkok 8/4 berpindah ke Mahang, En Azhar Ismail dari Lengkok 8/3 ke Penaga, En Shukri Abd Rahman ke Sitiawan dan ramai lagi yang tak sempat ditemui. Kepada mereka selamat bertugas semoga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan berjumpa lagi kalau panjang umur di Bandar Perdana dan kembali menetap di Bdr perdana insyallah. Sekiranya ada masa lapang jengok2 lah kami di sini dan di blog ini. Kirim-kirimkanlah berita melaui medium ini dan sebagainya.Wassallam.

Thursday, August 5, 2010

PEMBESAR SUARA ROSAK


Assalamu,alaikum..

Pihak surau memohon maaf kepada semua penduduk Bandar Perdana kerana terdapat kerosakan pada pembesar suara (speaker corong) surau kelmarin. Pada mulanya hanya satu sahaja speaker rosak iaitu yang menghala ke arah fasa 4 tetapi kelmarin kesemua speaker corong telah rosak disebabkan coil dynamo terbakar. Hari ini kita telah panggil pihak yang berkaitan untuk ganti dengan kos sebiji RM95 sebiji = RM570.00 enam biji kesemuanya. Sebab-sebab kerosakan kita sedang siasat. Sumber daripada maklumat kontraktor ia disebabkan oleh arus elektrik berlebihan jika satu drp speaker terbakar. Atas nasihat mrk supaya dicabut kabel yang mana speaker terbakar untuk mengelakkan yang lain turut terbakar. Jadi hari ini kita telahpun menggantikan semua coil-coil yang terbakar tersebut. Kesulitan amat dikesali.


Harap maklum...

Redzuan Mohd

BORANG PENGANJUR


Tuesday, July 27, 2010

MACAM KENAL ORANG DALAM KOLAM INI


Salam...

gambar diatas ialah keratan daripada akhbar The Star ms10 27/7/10

34 dengue hotspots now


SUNGAI PETANI: The number of dengue hotspots has increased to 34, with Selangor having 17, which is the highest in the country.

The other states with high number of cases are Johor (six) and Sarawak (five).

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said health officers would act against property owners if their premises were

“Our officers have found Aedes mosquito larvae in 50% to 60% of the homes of patients down with dengue.

“Many of the cases were in urban areas, including housing schemes,” he said after visiting the Sultan Abdul Halim Hospital here yesterday.

Liow said offenders would be compounded a maximum of RM300 per offence while repeat offenders would be taken to court.

From January to July 24, he said there were 27,415 dengue cases reported, including 91 fatalities.

Liow also announced that the ministry would soon equip the hospital with a magnetic resonance imaging (MRI) machine.

At another function, Liow ticked off the Health Department for imposing unnecessary “red tape” when issuing licences for dialysis centres run by non-governmental organisations.

Liow said the officers should issue the licences promptly once the organisations met the ministry’s basic requirements.

“If the centres have qualified persons-in-charge with good quality service, properly treated water supply and clean environment, there is no reason why the licences cannot be issued on time,” he said when visiting the Beng Siew Dialysis Centre.

Liow said a few dialysis centres in Kedah faced such problems and because of that they were unable to receive subsidies from the Government.

At the re-launching of the Sungai Petani MCA division’s service centre in Taman Intan, Liow urged MCA members to prepare early for the next general election.

Liow, who is also party deputy president, said that apart from providing service to the people, they must go to the ground to get to know them better.

“This is very important for us to understand their needs and give them political leadership,” he said.

found to be breeding Aedes mosquitoes.


Friday, July 16, 2010

PENAMBAHBAIKKAN SURAU




Salam...sempena kedatangan bulan Ramadan yg mulia ini, pihak surau telah menambah grill pintu hadapan demu untuk keselesaan jemaah dan mengelakkan daripada dimasuki oleh anjing dsb. Pihak surau juga telah menambah owning utk menampung lebih ramai jemaah pada bulan Ramadan nanti..

PEMBENTUKAN PENAJA AJK PEMBANGUNAN MASJID BANDAR PERDANA

Salam....Hari ini telah tertubuhnya J/Kuasa penaja Pembangunan Masjid Bandar Perdana yang di ketuai oleh sdr Md Juhari bin ismail.

Pengerusi : Md Juhari bin Ismail
AJK - Ust Mahizan Md Lazim
Saifuddin sidek
Hj Razali
Hj Suri Ahmad
Hj Razak Hassan Basri

Harap semua penduduk dapat memberi kerjasama & sokongan kepada AJK utk mempercepatkan proses tertegaknya Masjid Bandar Perdana insyaallah...

Thursday, July 15, 2010

PROGRAM RAMADHAN 1431 HIJRAH


Assalamualaikum semua warga Bandar Perdana

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pihak surau telah melancarkan kutipan sempena mengisi program2 sepanjang bulan Ramadhan sebanyak RM20 setiap rumah. Wang kutipan boleh diserahkan kepada wakil2 yang dilantik oleh j/kuasa surau atau datang ke surau utk buat bayaran kepada Bendahari.

(Setiausaha)

Tuesday, June 22, 2010

TERIMA KASIH KEPADA SKUAD CEGAH MAKSIAT BPJ

Germany Alhamdulillah....bagi pihak Surau Asy-Syakirin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Skuad Cegah Maksiat BPJ yang membantu mencegah maksiat di kawasan Bandar Perdana semalam. Harap team ini dapat bekerjasama membenteras maksiat di sini dengan diberi kekuatan oleh Allah s.w.t dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Segala bantuan tuan2 amat dihargai.....





Friday, June 11, 2010

TOKOH ULAMA' MUJAHIDDIN TERBILANG




SHEIKH SAI'D HAWWA' (ulama' mujahidin yang sufi)

Syaikh Said Hawa bin Muhammad Dib Hawwa lahir di kota Hamah, Suriah, tahun 1935. Ia berusia 2 tahun ketika ibunya meninggal dunia. Ia pindah ke rumah neneknya di bawah asuhan sang ayah, seorang pejuang berani yang berjihad melawan perancis. Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosialis,Nasional, Ba’ats, dan Ikhwanul Muslimin. Allah memberikan kebaikan untuknya dengan bergabung ke dalam Jama’ah Ikhwanul Muslimin, tahun 1952, saat ia masih pelajar SMU.

Said Hawwa berguru pada beberapa syaikh di Syiria. Diantaranya Syaikh dan Ulama Hamah, Syaikh Muhammad Al Hamid, Syaikh Muhammad Al Hasyimi, Syaikh Abdul Wahab Dabas, Syaikh Abdul Karim Arrifa’i, Syaikh Ahmad Al Murad dan Syaikh Muhammad Ali Murad. Said Hawwa juga belajar pada ustadz seperti Musthafa As-shiba’i, Mushthafa Az-Zarga, Fauzi Faidhullah, dan lain2.

Tahun 1961 ia lulus dari Universiti Syiria, megikuti kursus ketenteraan sebagai perwira tahun 1963, menikah tahun 1964, dan dikurniakan empat orang anak.

Said Hawwa memiliki karya tulis seputar dakwah dan gerakan, yg diminati para pemuda muslim dinegeri2 arab dan islam. Sebagian besar karya tulisnya diterjemahkan ke bahasa lain. Diantara karangan yg telah diterbitkan : Allah Jalla Jalaluhu
Ar rasul Shallallahu alaihi wassalam
Al islam
Al asa fit tafsir
Tarbiyatuna Arruhiyah
Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan dan lain-lain

Merupakan guru dan naqib kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS hari ini

Wassalam....

Monday, May 24, 2010

SAUDARA KITA YANG SAKIT

Assalamu'alaikum..
Saudara kita cikgu Rosafendin yang tinggal di lorong Lengkok 8/3 Bandar Perdana telah lebih dua bulan terlantar dihospital Metro Sungai Petani kerana sakit (buah pinggang..tak pasti). Bagi pihak J/kuasa surau mendoakan agar beliau cepat sembuh dan berharap keluarga beliau sentiasa bersabar menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. ini. Moga dengan ujian ini akan menambahkan lagi kesabaran dan Allah mengampuni dosa kita dan meningkatkan darjat disisi Allah..Isnyaalah. Sesiapa yang ada kelapangan bolehlah melawati beliau di hospital Metro SP.
Maksud hadis...Sesungguhnya Allah berada disisi orang yang sakit..maka ziarahilah saudara mu yang sakit...

PENAMBAHAN BAHAGIAN PORSH


Assalamu'alaikum...

Sudah selesai penambahan awning surau dengan kos RM2500 menggunakan dana surau. Maka dengan penambahan ruang ini dapat menampung memuatkan jemaat pada bulan puasa ini. Apa pun surau masih memerlukan lagi dana dari orang ramai untuk penambahbaikkan lagi keperluan dan kelengkapan serta membiayai aktiviti aktiviti Islamiah di surau.


Wasalam...

Saturday, May 15, 2010

SURAU MENDAPAT KARPET BARU





Assalamu'alaikum.

Awal bulan Mei Surau Asy-Syakirin telah mendapat karpet baru hasil sumbangan hamba Allah ahli jemaah Bandar Perdana...Ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan...bagi pihak J/kuasa surau kita mengalu-alukan sumbangan-sumbangan daripada individu dan syarikat utk menambahbaikkan pembangunan surau. Kita masih lagi memerlukan sumbangan utk penurapan tar dihalaman surau dan utk membiayai kuliah-kuliah mingguan.

Wassalam...

Thursday, May 13, 2010

Izhar Syafawi( الإظهار الشفوي ).


Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya. Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba'. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa' pula adalah berhampiran.

Monday, April 26, 2010

WAKAF PENAMBAHAN KELENGKAPAN SURAU ASY-SYAKIRIN BANDAR PERDANA

Assalamualaikum,

Sesiapa yang ingin mewakafkan untuk projek penambahbaikkan surau boleh menghulurkan derma secara tunai atau melalui bank-in terus kepada akaun surau.
NO AKAUN BANK ISLAM: 07043011011113
PENGERUSI: USTAZ AMIR BIN MOHD NASON - H/P 019-4587206
BENDAHARI: SABRI BIN MANAF - H/P 013-4000250
SETIAUSAHA: REDZUAN B. MOHAMMAD - H/P 019-4809839

Berikut adalah butir-butir keperluan surau dan kos;

1. KIPAS SYILING DAN WIRING 5 BUAH RM 1000.00
2. SET LAMPU DINDING RM 1000.00
3. AWANING RM 2500.00
4. GRILL PINTU DEPAN RM 800.00
5. PINTU CERMIN SLIDING RM 3000.00
6. SYILING GANTUNG RM 5000.00
7. VAKUM CLEANER RM 500.00
8. TIRAI & RAIL RM 300.00
9. TURAP TAR RM 1000.00

JUMLAH RM 15100.00

Tuesday, March 30, 2010

TAKZIAH KEPADA HJ HALIM BIN YUN SEKELUARGA

Takziah kepada mangsa pecah rumah iaitu Hj Halim bin Yun lorong 9/10. Kejadian semalam 29/3 /10 lebih kurang pkl 4.00pagi pencuri menceroboh masuk rumah beliau, kebetulan semalam lepas hujan lebat. Harap semua penduduk sentiasa berwaspada dan mengambil sikap sentiasa tinggi bercuriga yang positif kepada perkara ganjil yang berlaku sekitar taman kita seperti ternampak org asing yang jarang dilihat meronda-ronda diwaktu sunyi. Hendaklah kita menyimpan nombor kecemasaan seperti polis (petrol car)KRT, rakan & jiran dan cuba hubungi sedaya upaya utk dapatkan pertolongan. Dan harap jiran2 bertindak cepat atas maklumat yang diterima. Kerjasama dan sikap ambil peduli hidup bermasyarakat adalah kunci utama keselamatan dan keharmonian hidup berjiran yang dituntut oleh Islam. pesan memesan saling tolong menolong hendaklah di amalkan. Jangan ada sikap berpuak-puak dan hidup individualistik, egoistik dan mengasing diri dari masyarakat. Marilah kita sama membenteras jenayah dan benih2 yang membawa kepada berlakunya jenayah. Sama-sama kita tegur-menegur sesama jiran dan anak-anak jiran yang mana kalau kita nampak budaya negatif kita nasihat menasihati. Jangan ada budaya (jangan jaga tepi kain orang atau hang jaga anak hang aku jaga anak aku) Kita kena pakat2 jaga sesama masyarakat. Sama-sama kita memberi peringatan seperti perintah Allah dlm al-quran
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman (Az Dzaariyat 55)

Wassalam..

Wednesday, March 24, 2010

TAZKIRAH KHAS



Tok guru Sauddi bin Hj Ahmad ialah mudir Pondok Pok Po Patanni Thailand. Seorang yg cacat penglihatan tapi terang penglihatan matahati. Seorg yg alim dan bersemangat meneruskan misi menyampaikan dakwah utk generasi muda Islam di tempat beliau. Pengajian di Pondok beliau ialah percuma termasuk makan minum tempat tinggal. Semuanya adalah hasil sumbangan umat2 Islam. Antara intipati tazkirah beliau ialah supaya kita jangan terlampau sayangkan harta kekayaan dunia hingga lupa pada akhirat. HArta dunia ibarat ketul ais, kalau digunapun habis dan tak diguna pun habis. Baik digunakan pada jalan Allah, sekiranya ambil ais maklumlah tak akan puas. Jadi waspadalah.

Friday, March 12, 2010

PROGRAM CERAMAH MAULIDUR RASUL


Ceramah telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Noor Zakaria. Sedikit rumusan bahawa kita tidak akan dapat menyamai rasulullah dalam bentuk rupa parasnya yg segak, nama ibunya dll tetapi syariatnya, ajarannya &akhlaknya. rasulullah datang membawa manhaj dan petunjuk kepada manusia.

Sunday, March 7, 2010

CASIC - FORMULA AL-FATEHAH

Akhi Fazrul Fahmee IsmailSatu kuliah maghrib yang bertemakan Suratul-Al-Fatehah yang membongkar rahsia surah tersebut telah dilaksanakan di Surau Asy-Syakirin Bandar Perdana Seksyen 8 dengan jayanya. Penceramah yang di datangkan dari Bangi merupakan seorang pendakwah yang telah membuat kajian tentang rahsia Al-Fatehah di Amerika Syarikat. Kandungan yang sungguh menarik dan dapat membawa kesedaran kepada semua kaum muslim yang mana selama ini hanya dapat mengerti dari segi maksud Al-Fatehah tetapi tidak begitu menghayati disebalik keagungan Al-Fatehah sebelum ini telah terungkai dengan majlis ilmu yang singkat selama satu jam di surau tersebut. Insyallah program sebegini akan lebih dapat dimanafaatkan sekiranya dapat mengikuti program yang lebih lama lagi seperti jadual berikut. Sila layari laman website utk mengikuti seminar seterusnya.... (Jadual Seminar Seluruh Malaysia)

Thursday, March 4, 2010

Program Maulidur Rasul & CASIC (FORMULA AL-FATEHAH)

1. TAKLIMAT TENTANG CASIC AL-FATEHAH SELEPAS MAGHRIB DI SURAU ASY-SYAKIRIN PADA 6 MAC 2010 OLEH EN. FAZRUL ISMAIL DARI UNIVERSITI PURDUE, CARLIFORNIA, LOS ANGLES

2. SEMINAR "PEMBONGKARAN RAHSIA AL-FATEHAH" DI EMIRALD PUTERI SG. PETANI, JAM 8.30 PG - 5.00 PTG PADA 6 MAC 2010. BAYARAN RM25/ORANG OLEH PIES LEADERSHIP CENTER, LOS ANGELES (CASIC IN FORMULA AL-FATEHAH)
1. CERAMAH MAULIDUR RASUL OLEH USTAZ MOHAMAD NOOR ZAKARIA PADA 11/3/2010 SELEPAS ISYAK DI SURAU ASY-SYAKIRIN.

Sunday, February 21, 2010

KULIAH USTAZ ZULKIFLI AHMAD

Kuliah Ustaz Zulkifli Ahmad bulan ini akan diadakan pada 26/2/2010 iaitu hari Jumaat. Kuliah Tajwid Ustaz Man akan digantikan pada hari lain. Harap maklum

Wednesday, February 17, 2010

Cadangan Pembinaa Masjid Bandar Perdana Seksyen 8


Salam ukhwah kepada semua muslimin muslimat.....Alhamdulillah kini Surau Asy-Syakirin telah menyusun setapak lagi ke hadapan seiring dgn pembangunan globalisasi terkini dgn terbinanya satu laman blog yang mudah utk diaksesskan bersama demi pembangunan ummah...Di ruangan ini juga kami paparkan tapak cadangan pembinaan masjid di Bandar Perdana Seksyen 8....Layout tapak seperti gambar di atas dan menyeru kepada semua pengunjung laman blog ini yang terbaca bolehlah memanjangkan maklumat cadangan pembinaan masjid ini. Justeru itu kepada dermawan-dermawan yang ingin menyumbangkan wang ringgit utk pembinaan bangunan masjid tersebut bolehlah dibank in terus ke akaun Surau Asy-Syakirin seperti yang tertera di bahagian kanan atas blog ini. Semoga sumbangan anta itu semua akan menjadi amal jariah yang terbaik demi pembangunan islam dan merupakan 'legacy' yang bakal diwarisi, insyallah....
 

blogger templates | Make Money Online