Monday, May 24, 2010

SAUDARA KITA YANG SAKIT

Assalamu'alaikum..
Saudara kita cikgu Rosafendin yang tinggal di lorong Lengkok 8/3 Bandar Perdana telah lebih dua bulan terlantar dihospital Metro Sungai Petani kerana sakit (buah pinggang..tak pasti). Bagi pihak J/kuasa surau mendoakan agar beliau cepat sembuh dan berharap keluarga beliau sentiasa bersabar menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. ini. Moga dengan ujian ini akan menambahkan lagi kesabaran dan Allah mengampuni dosa kita dan meningkatkan darjat disisi Allah..Isnyaalah. Sesiapa yang ada kelapangan bolehlah melawati beliau di hospital Metro SP.
Maksud hadis...Sesungguhnya Allah berada disisi orang yang sakit..maka ziarahilah saudara mu yang sakit...

PENAMBAHAN BAHAGIAN PORSH


Assalamu'alaikum...

Sudah selesai penambahan awning surau dengan kos RM2500 menggunakan dana surau. Maka dengan penambahan ruang ini dapat menampung memuatkan jemaat pada bulan puasa ini. Apa pun surau masih memerlukan lagi dana dari orang ramai untuk penambahbaikkan lagi keperluan dan kelengkapan serta membiayai aktiviti aktiviti Islamiah di surau.


Wasalam...

Saturday, May 15, 2010

SURAU MENDAPAT KARPET BARU





Assalamu'alaikum.

Awal bulan Mei Surau Asy-Syakirin telah mendapat karpet baru hasil sumbangan hamba Allah ahli jemaah Bandar Perdana...Ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan...bagi pihak J/kuasa surau kita mengalu-alukan sumbangan-sumbangan daripada individu dan syarikat utk menambahbaikkan pembangunan surau. Kita masih lagi memerlukan sumbangan utk penurapan tar dihalaman surau dan utk membiayai kuliah-kuliah mingguan.

Wassalam...

Thursday, May 13, 2010

Izhar Syafawi( الإظهار الشفوي ).


Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya. Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba'. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa' pula adalah berhampiran.
 

blogger templates | Make Money Online