Tuesday, August 31, 2010

MUDAH-MUDAHAN BERTAQWA




Mudah-mudahan dengan melaksanakan ibadah puasa...natijahnya akan menghasilkan buahnya i.e Taqwa..seperti petani yg menyemai benih dan menyuburkannya dgn baja & menjaganya drp sergn serangga..mudah2an mndpt hasilnya... buah2an dpt dituai..

Tuesday, August 17, 2010

AKTIVITI RAMADHAN

Solat Tarawih


Penyediaan bubur lambuk





Assalamu'alaikum,



Selamat menjalankan kewajipan berpuasa & ibadat2 sepanjang Ramadhan ini..Surau Asy-Syakirin telahpun membuat bubur lambuk hari Sabtu & Ahad lepas dan diagihkan kepada penduduk sekitar yang datang mengambilnya. Untuk makluman, pihak surau merancang akan membuat bubur lambuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadhan ini insyaallah. Kepada jemaah yang ingin mendapatkanya sila datang selepas waktu asar dan ianya terhad sebab kita hanya masak satu periuk besar sahaja. Siapa datang dahulu akan dapat. Sekiranya tidak sempat kami memohon maaf...Pada sebelah malamnya akan diadakan solat sunat Tarawih 8 rakaat berselang seli dengan Tazkiran dan diikuti dengan tadarus selepas itu.

Monday, August 9, 2010

SELAMAT BERPINDAH

Assalamu'alaikum,
Bagi pihak Surau Asy-Syakirin kami mengucapkan selamat berhijrah kepada saudara-saudara dan saudari-saudari kita yang telah berhijrah dan akan berhijrah kerana bertukar (Posting) tempat kerja. Sdr En Suhaimi Mohd Akhir dari Lengkok 8/3 dan Yakinah Md Nor dari Jln 9/19 difahamkan akan bertukar masing2 ke Sarawak dan Johor. Dan sebelum ini En Zul dari Lengkok 8/4 berpindah ke Mahang, En Azhar Ismail dari Lengkok 8/3 ke Penaga, En Shukri Abd Rahman ke Sitiawan dan ramai lagi yang tak sempat ditemui. Kepada mereka selamat bertugas semoga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan berjumpa lagi kalau panjang umur di Bandar Perdana dan kembali menetap di Bdr perdana insyallah. Sekiranya ada masa lapang jengok2 lah kami di sini dan di blog ini. Kirim-kirimkanlah berita melaui medium ini dan sebagainya.Wassallam.

Thursday, August 5, 2010

PEMBESAR SUARA ROSAK


Assalamu,alaikum..

Pihak surau memohon maaf kepada semua penduduk Bandar Perdana kerana terdapat kerosakan pada pembesar suara (speaker corong) surau kelmarin. Pada mulanya hanya satu sahaja speaker rosak iaitu yang menghala ke arah fasa 4 tetapi kelmarin kesemua speaker corong telah rosak disebabkan coil dynamo terbakar. Hari ini kita telah panggil pihak yang berkaitan untuk ganti dengan kos sebiji RM95 sebiji = RM570.00 enam biji kesemuanya. Sebab-sebab kerosakan kita sedang siasat. Sumber daripada maklumat kontraktor ia disebabkan oleh arus elektrik berlebihan jika satu drp speaker terbakar. Atas nasihat mrk supaya dicabut kabel yang mana speaker terbakar untuk mengelakkan yang lain turut terbakar. Jadi hari ini kita telahpun menggantikan semua coil-coil yang terbakar tersebut. Kesulitan amat dikesali.


Harap maklum...

Redzuan Mohd

BORANG PENGANJUR


 

blogger templates | Make Money Online