Tuesday, March 30, 2010

TAKZIAH KEPADA HJ HALIM BIN YUN SEKELUARGA

Takziah kepada mangsa pecah rumah iaitu Hj Halim bin Yun lorong 9/10. Kejadian semalam 29/3 /10 lebih kurang pkl 4.00pagi pencuri menceroboh masuk rumah beliau, kebetulan semalam lepas hujan lebat. Harap semua penduduk sentiasa berwaspada dan mengambil sikap sentiasa tinggi bercuriga yang positif kepada perkara ganjil yang berlaku sekitar taman kita seperti ternampak org asing yang jarang dilihat meronda-ronda diwaktu sunyi. Hendaklah kita menyimpan nombor kecemasaan seperti polis (petrol car)KRT, rakan & jiran dan cuba hubungi sedaya upaya utk dapatkan pertolongan. Dan harap jiran2 bertindak cepat atas maklumat yang diterima. Kerjasama dan sikap ambil peduli hidup bermasyarakat adalah kunci utama keselamatan dan keharmonian hidup berjiran yang dituntut oleh Islam. pesan memesan saling tolong menolong hendaklah di amalkan. Jangan ada sikap berpuak-puak dan hidup individualistik, egoistik dan mengasing diri dari masyarakat. Marilah kita sama membenteras jenayah dan benih2 yang membawa kepada berlakunya jenayah. Sama-sama kita tegur-menegur sesama jiran dan anak-anak jiran yang mana kalau kita nampak budaya negatif kita nasihat menasihati. Jangan ada budaya (jangan jaga tepi kain orang atau hang jaga anak hang aku jaga anak aku) Kita kena pakat2 jaga sesama masyarakat. Sama-sama kita memberi peringatan seperti perintah Allah dlm al-quran
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman (Az Dzaariyat 55)

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online