Monday, May 24, 2010

SAUDARA KITA YANG SAKIT

Assalamu'alaikum..
Saudara kita cikgu Rosafendin yang tinggal di lorong Lengkok 8/3 Bandar Perdana telah lebih dua bulan terlantar dihospital Metro Sungai Petani kerana sakit (buah pinggang..tak pasti). Bagi pihak J/kuasa surau mendoakan agar beliau cepat sembuh dan berharap keluarga beliau sentiasa bersabar menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. ini. Moga dengan ujian ini akan menambahkan lagi kesabaran dan Allah mengampuni dosa kita dan meningkatkan darjat disisi Allah..Isnyaalah. Sesiapa yang ada kelapangan bolehlah melawati beliau di hospital Metro SP.
Maksud hadis...Sesungguhnya Allah berada disisi orang yang sakit..maka ziarahilah saudara mu yang sakit...

6 comments:

  1. Semoga allah memberi kekuatan kepada saudara kita cikgu rosefandi utk menghadapi dugaannya...Boleh taw wad berapa ye? Insyallah ana akan cuba melapangkan masa utk menziarahinya....

    ReplyDelete
  2. Salam...khabarnya telah pindahkan ke Penang GH..tak pasti wad berapa...nanti kami dptkan maklumat lanjut...

    ReplyDelete
  3. Salam...apa perkhabaran cikgu rosefandi ye...?

    ReplyDelete
  4. Salam...status condition Sdr Rosafendi masih belum pulih...tapi beliau sudah ada di rumah..

    ReplyDelete
  5. Cikgu Rosafendi

    Salam.... Terima kasih kepada semua ahli kariah yang mengambil berat tentang saya dan yang menziarahi saya di wad dan juga di rumah. Saya sekarang berada di rumah dan masih dalam rawatan sakit kanser. Harap rakan-rakan dapat mendoakan semoga saya cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Salam...kami semua mendoakan cikgu Rosafendi cepat sembuh dan banyak2 bersabar atas ujian yg Allah s.w.t berikan...Mungkin ada hikmah disebaliknya dan utk meningkatkan iman dan berharap Allah s.w.t mengampunkan segala dosa2 sdr atas kesusahan yang dialami....

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online