Monday, August 9, 2010

SELAMAT BERPINDAH

Assalamu'alaikum,
Bagi pihak Surau Asy-Syakirin kami mengucapkan selamat berhijrah kepada saudara-saudara dan saudari-saudari kita yang telah berhijrah dan akan berhijrah kerana bertukar (Posting) tempat kerja. Sdr En Suhaimi Mohd Akhir dari Lengkok 8/3 dan Yakinah Md Nor dari Jln 9/19 difahamkan akan bertukar masing2 ke Sarawak dan Johor. Dan sebelum ini En Zul dari Lengkok 8/4 berpindah ke Mahang, En Azhar Ismail dari Lengkok 8/3 ke Penaga, En Shukri Abd Rahman ke Sitiawan dan ramai lagi yang tak sempat ditemui. Kepada mereka selamat bertugas semoga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan berjumpa lagi kalau panjang umur di Bandar Perdana dan kembali menetap di Bdr perdana insyallah. Sekiranya ada masa lapang jengok2 lah kami di sini dan di blog ini. Kirim-kirimkanlah berita melaui medium ini dan sebagainya.Wassallam.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online