Thursday, August 5, 2010

PEMBESAR SUARA ROSAK


Assalamu,alaikum..

Pihak surau memohon maaf kepada semua penduduk Bandar Perdana kerana terdapat kerosakan pada pembesar suara (speaker corong) surau kelmarin. Pada mulanya hanya satu sahaja speaker rosak iaitu yang menghala ke arah fasa 4 tetapi kelmarin kesemua speaker corong telah rosak disebabkan coil dynamo terbakar. Hari ini kita telah panggil pihak yang berkaitan untuk ganti dengan kos sebiji RM95 sebiji = RM570.00 enam biji kesemuanya. Sebab-sebab kerosakan kita sedang siasat. Sumber daripada maklumat kontraktor ia disebabkan oleh arus elektrik berlebihan jika satu drp speaker terbakar. Atas nasihat mrk supaya dicabut kabel yang mana speaker terbakar untuk mengelakkan yang lain turut terbakar. Jadi hari ini kita telahpun menggantikan semua coil-coil yang terbakar tersebut. Kesulitan amat dikesali.


Harap maklum...

Redzuan Mohd

2 comments:

  1. kos baiki boleh dijimatkan kalau hanya ganti coil dinamo

    ReplyDelete
  2. cos membaiki tanpa upah RM20 X 4 =RM 80 sahaja untuk 4 speaker tersebut.
    panduan: guna sambungan Ohm yang kecil untuk elak kerosakkan speaker kalau tiada alat kawalan (transfomer) pada spaeker. contoh : speaker 16 ohm sambungan pada amp 8 atau 4 ohm sahaja.
    2. guna transfomer in 40watt out 16 ohm di speaker dan sambungan pada amp 100/70 v

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online